Monday, May 30, 2011
Pentingnya Bacaan Yang Betul Dalam AL-FATIHAH
Assalammualaikum,ape kabar sume?.Tujuan aku tulis ni nak citer pasal pentingnya bacaan yang betul dalam al-fatihah.Aku pun baru tau tadi(sumber dari buku tajuk 'SAKIT apakah ubatya?'.
Membaca al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat.Oleh itu perbaiklah bacaannya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaannya rosak malah kite menyebut nama syaitan di dalam solat kitaBerikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam al-Fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati
Nama syaitan:
1.DU LI LAH(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya KI YAU
4.KANNAK(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya KA NAK
5.KANNAS(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya KA NAS
6.IYA(bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya IYYA,IYA bermaksud MATAHARI
Dalam ayat 5,jika salah bacaannya akan bermaksud kepada MATAHARILAH yang kami sembah dan kepada MATAHARILAH kami meminta pertolongan.
7.SIROTOL LAZI...Sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.
8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan btul iaitu AA... dua harakat,semoga Amin kita bersamaan dengan Amin Malaikat InsyaAllah.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Itulah die antara pentingnya bacaan betul dalam Al-Fatihah.
Aku pun baru tau sebenarnya,yang tak tahan No 6 tulah masyaAllah,kepada matahari kot.Same2 kite perbaiki bacaan Al-Fatihah. InsyaAllah.One more thing, cehh speaking pulak haha aku dh lupe kot nak ckp bi ,mase zaman muda dulu boleh lah sikit2.
Sebarkan hukum ALLAH walaupun satu ayat smoga kita mendapat rahmatNya :)
Sunday, May 29, 2011
Kelebihan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu (Rawatib)
Assalammualaikum,harini nak cerita sikit pasal solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu,
solat sunat ni besar fadhilatnya,mase zaman muda muda aku dulu, cikgu anuar(budak EE mesti kenal punye) pernah cakap solat sunat ini sebagai pelengkap kepada solat fardhu,mungkin solat fardhu kita tidak sempurna(tidak khusyuk atau sebagainya) maka solat sunat ini akan backup solat fardhu kita,so perumpamaan yg boleh dibuat mengenai solat sunat ini ialah,kalau kita solat fardhu je umpama kita mandi saje,kalau ditambah dengan solat sunat ini umpama kita mandi ditambah syampu,gosok gigi ,cuci muka etc etc.Betapa banyak perbezaannya.Aku pun cube nak berjinak2 kan diri solat sunat ni,kadang kadang buat kadang kadang tak mcm biskut haha.Insyaallah kite sama2 berubah ye?.
Cara-cara melakukan solat sunat ini:
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.
Ni antara hadis2 mengenai solat sunat ini:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِDari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِDari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.
Oklah sampai disini sahaja coretan ku,apa2 pun selami jiwa,rawat rohani,perkasa peribadi(mcm dr fadzilah kamsah pulak haha),Assalammualaikum :D
Fakta yang menarik berkenaan facebook :D
Lepas korang bace ni,nak block aku ke ape ,takpe tak kisah pun yang penting aku dapat sampaikan.
Facebook pada asal hukumnya adalah harus,Facebook ni jadi harus kalau kita berdakwah melaluinya,contoh lah ko copy hadis pastu paste kt wall dan post ,insyaallah ramai yang tengok ,bayangkanlah pahalanya .(hukum ini dipetik dalam soal asyraf).
Tetapi boleh menjadi haram,disebabkan kelalaian(tinggal solat),Aku pun ade jugak tinggal solat,solat lambat , aku bukanlah sempurna sangat tapi sama2 kite berubah ok?. Selain itu fb dijadikan tempat untuk mengumpat,fitnah dan macam2 lagi.
Oklah tanpa melengahkan mase ini dia:
Tadi tu part 1 ,ni part 2:
Kalau nk diikutkan hati aku nak je bukak sebab ramai member2 tapi aku lagi kesiankan saudara aku kat palestine ,50 sen kawan banyak tak banyak lah,Yang menariknya orang yang menulis artikel ni TAKDE FACEBOOK. tak caye search kt google.Lagi satu takkan lah majalah AL ISLAM nak tipu?
Renung2kan dan selamat beramal (mcm prof izy pulak haha).
Asslammualaikum :D