Assalammualaikum,harini nak cerita sikit pasal solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu,
solat sunat ni besar fadhilatnya,mase zaman muda muda aku dulu, cikgu anuar(budak EE mesti kenal punye) pernah cakap solat sunat ini sebagai pelengkap kepada solat fardhu,mungkin solat fardhu kita tidak sempurna(tidak khusyuk atau sebagainya) maka solat sunat ini akan backup solat fardhu kita,so perumpamaan yg boleh dibuat mengenai solat sunat ini ialah,kalau kita solat fardhu je umpama kita mandi saje,kalau ditambah dengan solat sunat ini umpama kita mandi ditambah syampu,gosok gigi ,cuci muka etc etc.Betapa banyak perbezaannya.Aku pun cube nak berjinak2 kan diri solat sunat ni,kadang kadang buat kadang kadang tak mcm biskut haha.Insyaallah kite sama2 berubah ye?.
Cara-cara melakukan solat sunat ini:
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.
Ni antara hadis2 mengenai solat sunat ini:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.
(DPETIK DARI WWW.TABIYAH.COM) Kalau ade mase usha2 web ni la ye.Banyak lagi penerangan pasal solat2 sunat yang lain.
Oklah sampai disini sahaja coretan ku,apa2 pun selami jiwa,rawat rohani,perkasa peribadi(mcm dr fadzilah kamsah pulak haha),Assalammualaikum :D